Thursday 24 February 2011

Subhanallah.....

Keajaiban Alam Semesta Yang Diceritakan diDalaM AL-quran Utk  Untuk Difikirkan

By admin On June 20th, 2010
the galaxy-6
Menarik dan ajaib sekali bilamana kita membicarakan tentang alam angkasa raya. Ia mencetuskan rasa insaf didalam hati betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa  & Maha tinggi..
Bintang-bingtang adalah objek-objek besar di kosmos jumlahnya begitu besar sekali. Di galaksi Bimasakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 hingga 400 bilion. (Terdapat berbilion galaksi di angkasa raya). CNN.Com bertarikh 23 Julai 2003 melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (iaitu 7 diikuti dengan 22 kosong). Jumlah ini adalah berdasarkan kiraan yang dibuat oleh para pengkaji daripada Australian National University. Jumlah ini bermaksud sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu!
Di dalam Alquran terdapat lebih kurang 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Sebagai contoh dalam surah al-A’raaf ayat 54, Allah menyatakan, ” Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahnya.” Antara faedah-faedah yang manusia peroleh daripada bintang-bintang adalah ia menjadi penunjuk jalan terutamanya bagi para pengembara.
Berhubung dengan ini dalam surah an-Nahl ayat 16, Allah berkata, “Dan dia ciptakan tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk”.

2 comments:

  1. subhanallah..dalam al-quran pun byk mncritakn tntg keajaibn ini..tpi rmai tg tdak mnyedrinya.

    ReplyDelete
  2. For those who r seeking truth n knowledge, read Al-Quran.
    For those who r mentally stressed, read Al-Quran. (quote this to me!! (^_^)v )
    N For those who want pleasure from God, then read Al-Quran.

    ReplyDelete